31 Dis 2013

[ARTIS] Julia Ziegler Ditipu Rakan Kongsi RM9,000

 
Pelakon Julia Ziegler, kerugian hampir RM9,000 selepas dikatakan diperdaya seorang wanita yang menjadi rakan kongsinya bagi menubuhkan sebuah syarikat hartanah di Kuala Lumpur.

Aktres jelita tinggi lampai berusia 29 tahun itu mendakwa beliau mengenali wanita berkenaan ketika menghadiri satu majlis sebelum menandatangani perjanjian usaha sama membina perniagaan hartanah.

Bagaimanapun, katanya, impian yang diharapkan terbantut di tengah jalan selepas wanita dikenali sebagai Norain, berusia 25 tahun itu menghilangkan diri selepas menipu dirinya dan beberapa artis lain.

“Saya baru kenal wanita ini dan dia pernah bekerja dengan pelakon, Intan Ladyana sebelum menawarkan diri menjalin usaha sama bagi menubuhkan syarikat hartanah.

“Dia kemudian meminta saya memindahkan wang sebanyak RM2,500 melalui satu akaun bank ketika kami bertemu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh pada 11 Oktober lalu bagi memastikan penubuhan syarikat berkenaan dapat dilaksanakan.

“Beberapa hari selepas pertemuan itu, wanita terbabit meminta sejumlah RM3,333 lagi dan atas dasar percaya saya memasukkan wang ke dalam akaun yang sama,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sumber: www.bharian.com.my

[GEMPAR] Neelofa Sebenarnya Sudah Berkahwin Dengan Ahli Korporat

Hujung minggu alu kita dikejutkan dengan cerita khalwat pelakon dan pengacara jelita, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dengan seorang ahli korporat.

Namun, Neelofa dan pengurusnya sudah menafikan dakwaan tidak berasas itu malah pelakon itu meminta semua pihak menghentikan cerita tersebut.

Apa yang menariknya, sebaik sahaja berita itu tersebar meluas di dada-dada akhbar, seorang lagi pelakon jelita yang kini sedang bercuti di Los Angeles iaitu Fazura sempat memuat naik status yang seakan-akan memerli seseorang menerusi akaun Twitter miliknya.


Adakah tweet di atas ditujukan khas buat Neelofa dan seorang tokoh perniagaan yang merupakan suami kepada seorang selebriti popular itu? Hanya masa yang akan menentukan kebenaran.

Sumber: katakcomel.my

[ARTIS] Gambar Aeril & Wawa Di London


Ewah ewah... bertuah sungguh Ahmad Fakharuddin Attar, anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang kecil-kecil lagi sudah di bawa bercuti ke London. Khabarnya bukan setakat makan angin, tetapi mereka bertiga akan turut menyambut tahun baru 2014 di sana.

Lebih menarik, Aeril dan Wawa akan turut 'berbulan madu' buat kali pertama di luar negara sejak pernikahan mereka didedahkan pada umum Oktober lalu. Doa kita, moga mereka akan terus berbahagia hendaknya. Amin.

Sumber: www.myartis.com



[ARTIS] Izara Aisyah Beri Tempoh 7 Tahun

PELAKON jelita, Izara Aisyah memberi tempoh tujuh tahun lagi kepada kekasihnya untuk mendirikan rumah tangga. Izara kini berusia 21 tahun.

Berkongsi cerita, Izara memberitahu kekasihnya  mengenakan beberapa syarat kepadanya sebelum mereka berkahwin. "Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.

"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang kerja," ujarnya berkongsi cerita, dipetik sebuah portal hiburan. Katanya lagi, teman lelakinya itu berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengannya dalam tempoh tiga tahun lagi, namun dia merasakan ia masih terlalu awal.

"... tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.

"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan ALLAH, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki itu.

Sumber: www.sinarharian.com.my

[HIBURAN] Emma Maembong Menggapai Mimpi

Mendakap mesra kenangan 2013 yang hampir melabuhkan tirai, Kosmo! memilih tiga bintang paling popular tahun ini. Emma Maembong, nama yang mula dikenali selepas membintangi drama rantaian Kau Yang Terindah hujung tahun 2012 dan mendapat perhatian sepanjang tahun 2013.

Selain introduksi nama keluarga yang unik, Emma turut dihantui kontroversi beberapa kisah silamnya termasuk spekulasi cinta bersama pelawak tersohor, Zizan Razak. Menoleh kembali setahun ke belakang, Emma Maembong atau empunya nama penuh Fatimah Rohani Ismail, 21, langsung tidak terduga akan berada pada tahap ini.

Bahang populariti adakalanya memusnahkan masa privasinya dan mengundang pelbagai cerita tidak enak. Kisah peribadi dikorek dan dijadikan bahan ulasan, kelemahan dijadikan sasaran, pantang peluang ada saja ingin menghentam. "Betulkah saya menjadi tumpuan? Apabila difikirkan semula, Emma sebenarnya masih Emma yang dulu dan seperti orang lain mahukan kehidupan yang sederhana.

"Alhamdulillah, kalau dibandingkan dengan masa silam Emma rasa ini satu mimpi yang langsung tidak pernah terduga. Emma percaya keberadaan dalam industri ini untuk mencari rezeki, walau ada yang cuba menjatuhkan Emma anggap itu sekadar cabaran
HAFIZ, Emma dan Zizan mahu meraih lebih banyak kejayaan pada tahun 2014 yang bakal menjengah tidak lama lagi.

"Diserang kontroversi tidak mematahkan semangat sebaliknya Emma cuba berfikir positif, reda dan selesaikan masalah sebaik mungkin," ulasnya serius. Permulaan kerjaya Emma lewat tahun 2012 dipacu dengan fotografi sulungnya bersama Kosmo!, ketika itu khalayak mula memandang pesona seorang Emma Maembong.

"Impian Emma membantu keluarga telah terlaksana, orang ramai sudah semakin mengenali nama keluarga Maembong dan Emma sudah membuktikan tidak semestinya tiada pelajaran tidak boleh berjaya.

"Tahun 2014 mengundang debaran buat Emma, ibaratnya Emma baru saja mendapat lesen untuk berlakon dan kalau mahu pecut laju-laju takut terbabas pula," kiasnya yang menyasarkan untuk terjun dalam bidang pengacaraan dan berlakon teater. 

Sumber: www.kosmo.com.my

[ARTIS] Mizz Nina Bertudung Selepas Haji


Alhamdulilah, semuanya ketentuan Ilahi dan tiada siapa tahu seseorang insan itu akan mendapat hidayah ALLAH SWT. Adalah menjadi tanggungjawab seseorang insan itu pula untuk menjaga dan memelihara supaya apa saja yang baik pada diri insan itu kekal sampai akhir hayat.

Begitulah juga yang dialami penyanyi yang terkenal dengan lagu What You Waiting For, Shazrina Azman,33, atau Mizz Nina,  dalam diam rupa-rupanya mengerjakan ibadat haji di Makkah, awal Oktober lalu. Sejurus pulang dari Tanah Suci Makkah, Jumaat lalu, isteri vokalis Hujan, Noh Salleh, 29, ini mengejutkan pula peminat apabila memutuskan untuk bertudung. Nina dan suami berserta keluarga berada di Tanah Suci,  kira-kira tiga minggu.

Sejak beberapa hari lalu, spekulasi mengenai imej baru Nina mula diperkatakan apabila dia memuat naik beberapa keping gambarnya mengenakan hijab selepas pulang dari Makkah. Bagaimanapun, penyanyi terbabit dikatakan belum bersedia untuk menemui media bagi berkongsi cerita penghijrahannya. "Sebagai suami, saya berbangga kerana keputusan yang dibuat Nina adalah atas kerelaannya sendiri, bukan atas paksaan sesiapa. “Saya menyokong apa saja keputusan isteri saya. Berhijab itu perkara yang baik, sudah tentu saya bangga dengan tindakannya,” lapor akhbar, semalam.

Apabila penyanyi bertaraf antarabangsa itu mengambil keputusan untuk mengenakan tudung, pastinya ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dia mahu menyesuaikan diri dengan muzik yang diperjuangkannya? Tentunya tidak sesuai jika dia masih beraksi lincah di atas pentas dengan membawa imej berhijab.

Noh berkata, isterinya akur dengan hakikat berkenaan dan sebagai jalan penyelesaian, dia meminta dirinya sendiri untuk menghasilkan lagu yang bersesuaian dengan penampilannya sekarang. “Memang dia ada meminta lagu daripada saya sebelum ini dan saya akan cuba menunaikan permintaannya,” kata Noh yang akan kembali bekerja seperti biasa dalam masa terdekat.

Pada masa sama, rata-rata peminat memuji penampilan baru penyanyi yang mula dikenali ketika bersama kumpulan hip hop, Teh Tarik Crew, yang turut dianggotai Taufiq (Fiquetional), Abdul Rahman (Altimet) dan DJ Fuzz, sekitar 1998 itu. Sebelum ini, penyanyi yang kembali mencipta nama sekitar 2010 apabila muncul secara solo memang dikenali dengan persembahan agresif ketika di pentas, sesuai dengan konsep muzik diketengahkan.

Sejak itu, dia yang kini turut aktif mempromosikan jenama pakaiannya sendiri sering menjadi pilihan penganjur konsert penyanyi antarabangsa. Dia pernah bertindak sebagai artis pembuka tirai untuk konsert Justin Bieber, Bruno Mars dan Usher di Kuala Lumpur. Sejak kembali memeriahkan dunia muzik kira-kira tiga tahun lalu, Nina yang sebelum itu turut berpengalaman sebagai penyampai radio mempunyai dua album studio iaitu What You Waiting For yang diterbitkan pada 2010, manakala Takeover pula menemui peminat pada pertengahan tahun lalu.

Sumber: siasah.com.my

[ARTIS] Kekasih Siti Saleha Tak Ambil Tahu

Biasanya bila sudah dilamun cinta, pasti pasangan kita akan mengambil berat tentang pasangannya dan sering sahaja bertanya apa yang akan dilakukan setiap hari.

Berbeza pula ceritanya dengan teman lelaki kepada pelakon, Siti Saleha yang lebih memberi kebebasan kepada kekasihnya untuk melakukan apa sahaja. Menurut pelakon berusia 23 tahun itu, biarpun kekasihnya itu jarang mengambil tahu tentang aktiviti sehariannya, itu tidak bermakna hubungan mereka dingin.

"Kalau saya balik lewat sekalipun dia jarang hendak bertanya mengapa kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan saya sendiri senang dengan sikapnya itu. "Lagipun dia bersikap terbuka dan tidak menghalang kerjaya seni saya. Alhamdulillah, sehingga kini, hubungan kami berada dalam keadaan baik," katanya yang ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Aku Ada Wali di Pusat Pelancongan Korea, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Siti Saleha sebelum ini mengaku yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki Eropah sejak empat bulan yang lalu. Ketika ditanya mengenai langkah seterusnya dalam hubungan cinta mereka, jelas Siti Saleha, dia mengakui masih belum terfikir untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Kalau pasal kahwin, bagi saya ia masih terlalu awal. Usia saya pun baharu 23 tahun dan masih banyak yang saya perlu lakukan dalam kerjaya seni. "Tambahan pula, kami pun masih di peringkat bercinta dan di tahap mengenali antara satu sama lain. Bagi saya, masih terlalu awal untuk saya bercakap soal perkahwinan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Siti Saleha yang memegang watak sebagai Syumaila dalam drama bersiri Aku Ada Wali mengakui banyak belajar tentang Islam dalam drama itu. "Membawakan watak ini, saya perlu banyak menghafal terjemahan al-Quran dan fakta-fakta tentang Islam termasuk sunnah Rasulullah menerusi dialog saya. "Perkara begini saya perlu hafal kerana ia adalah fakta dan tidak boleh ditambah-tambah dengan ayat sendiri.

"Tetapi itu adalah sesuatu yang bagus kerana saya sendiri dapat menambah lebih banyak pengetahuan saya tentang agama Islam," jelasnya. Aku Ada Wali bakal ditayangkan setiap Selasa pada pukul 10 malam di saluran 114 (TV Al Hijrah) mulai 14 Januari tahun hadapan. Drama bersiri ini membariskan pelakon seperti Zahiril Adzim, Aida Jebat, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Puteri Chi Chi dan ramai lagi.

Sumber: www.utusan.com.my

30 Dis 2013

[ARTIS] Shila Amzah Impi Nak Bina Tadika?


Pemenang anugerah kembara AIM14, Shila Amzah bersedia dengan pelbagai cabaran dan dugaan bergelar seorang penyanyi demi peminat tercinta. Bakal merakamkan album Inggeris dan mandarin merupakan hadiah istimewa kepada peminatnya dan akan dipasarkan selewat-lewatnya tahun hadapan.

Ketika ditemubual Murai, Shila Hamzah sebenarnya menyimpan cita-cita sebagai seorang pendidik sekiranya tidak bergelar penyanyi. "Shila suka dan sayangi kanak-kanak dan mempunyai impian untuk membuka sebuah tadika, di situ shila boleh menghabiskan masa dengan mereka dan belajar bersama-sama," seloroh Shila.

Penyanyi bersuara lunak dan popular dengan lagu masih aku cinta terus akur dengan kehidupan percintaan yang goyah dan sering dikecewakan. Baginya, kisah silam dan pahit itu telah dibuang jauh dan memfokuskan kerdipan kerjayanya yang semakin bersinar terutama di luar negara.

"Soal jodoh itu, Shila letakkan di ketentuan Ilahi, tidak memilih paras rupa atau pangkat yang penting memahami kerjaya dan pendirian Shila". Mengulas keadaan mangsa banjir di pantai timur, Shila bersimpati dengan apa yang terjadi dan agar mereka terus tabah menghadapi dugaan itu. Bencana alam itu juga telah memusnahkan harta benda dan tempat tinggal dan pelbagai bantuan telah disalur.

Sumber: murai.com.my

[ARTIS] Neelofa Takut Tidur Seorang Diri


 Bukan tidak pernah berpisah dengan insan tercinta atau keluar daerah dalam tempoh panjang, cuma pemergian kali ini menimbulkan kegusaran buat Neelofa. Siapa sangka, gadis jelita ini takut tidur sendirian.

Malah, dia mengakui masih belum dapat membayangkan hari mendatang yang bakal dilalui sendirian di kota asing seperti Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, yang penuh warna warni.

Lofa memang takut, lebih lagi bila kena tidur seorang. Bukan tak biasa tinggal di asrama tetapi LA bukan macam Kuala Lumpur. Andai ada kamera, kakak boleh pantau masa saya tidur” Neelofa (Pelakon).

Sebagai persediaan, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 24, ini berkira-kira mendapatkan sebuah gajet seakan kamera kawalan litar tertutup (CCTV) bagi memantau tidurnya di kediaman yang bakal dihuni selama sebulan bermula 2 Januari 2014.

Sumber: www.bharian.com.my

[ARTIS] Lana Tak Berdendam Dengan Johan



Seperti mana gempar apabila pelakon Johan As'ari, 27, mengumumkan mahu melamar pelakon Lana Nordin, 34, selepas tiga hari berkenalan, situasi sama berlaku apabila bintang utama drama bersiri Juvana itu mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka, minggu lalu.

Alasan Johan, dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Lana kerana menghormati ibunya. Ternyata apa yang diperkatakan sebelum ini mengenai ibunya tidak boleh merestui pilihan Johan adalah benar dan Johan mengesahkan perkara itu. Dalam hangat orang memperkatakan isu itu, Johan pula dikatakan membuat kenyataan sebaliknya apabila menegaskan selama ini dia dan Lana hanya kawan rapat. Mereka juga sama-sama berlakon teater Bahayanya Wanita yang kini dipentaskan di Istana Budaya.

Mengapa tiba-tiba pelakon yang dikenali dengan imej warak ini mengubah kenyataan dalam tempoh sebulan? Ketika berkongsi kisah cintanya dengan Lana, Johan mengakui begitu yakin dengan kata hatinya kerana bayangan Lana dilihatnya ketika berdoa di depan kaabah. Bagaimanapun, tiba-tiba lain pula kenyataannya apabila mengatakan antara dirinya dengan Lana tidak lebih sebagai kawan rapat. Ramai melihat keputusan Johan bukan disebabkan ibunya tetapi atas kehendak dirinya sendiri. Tambah pula sebelum ini perkara sama pernah berlaku sewaktu dia menjalin hubungan dengan pelakon drama, Izreen Azmindar. Johan juga pernah dikaitkan dengan ramai selebriti popular antaranya Fasha Sandha, Nabila Huda, Nita Hamzah dan Shila Amza tetapi perkara itu dinafikan dan menegaskan antara mereka tidak lebih sebagai kawan rapat. Dia juga pernah memberi kenyataan mahu bertunang dengan gadis yang bertugas di stesen televisyen terkemuka, namun cerita itu lenyap apabila namanya mula dikaitkan dengan Shila.

Mengenai kenyataannya sebelum ini mahu melamar Lana untuk dijadikan isteri selepas tiga hari bertemu, Johan akui ada niat untuk menyunting Lana. Katanya, ketika itu dia beranggapan ia tidak akan menimbulkan masalah memandangkan sebelum ini Lana mengatakan dia mengenali ibunya. LANA kini tidak menoleh lagi mengenang kisah cinta dengan Johan yang terputus di tengah jalan.

“Apabila Lana mengatakan dia mengenali ibu saya, pada fikiran saya hubungan kami tidak akan berhadapan sebarang masalah. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila ibu masih belum dapat menerima Lana.

“Memang saya anak mak dan meletakkan ibu di tahap paling tinggi. Syurga saya di bawah telapak kaki ibu dan naluri ibu sangat kuat hingga saya akur dengan permintaannya. “Saya bimbang perkara ini akan menyebabkan hati Lana lebih disakiti. Restu ibu itu sangat penting bagi saya untuk melayari kehidupan rumahtangga. Contohnya apabila berkahwin, saya mahu isteri dijaga ibu mentua terutama apabila mengandung dan melahirkan.

“Bagaimanapun apabila perkahwinan itu tidak direstui, tentu perkara seperti itu tidak berlaku dan ia pasti akan menyedihkan bukan saja saya malah isteri saya. Apabila berkahwin, perlu ada restu dan reda ibu,” katanya.

Sementara itu Lana atau nama sebenar, Mazlina Hasan Nordin, 34, akui tenang menerima keputusan Johan. Pelakon kelahiran Kuching, Sarawak itu tidak berasa terganggu sewaktu beraksi di pentas teater Bahayanya Wanita. Tambah pula dia dan Johan berkongsi pentas. Ditemui sebaik pementasan tamat baru-baru ini, Lana menegaskan sebelum ini keputusan untuk bercinta dan melamar datang dari Johan dan untuk memutuskan hubungan mereka juga datang darinya.

“Mengapa saya perlu bersedih dan meratap? Orang sendiri boleh menilai apa juga keputusan dibuat datang daripada pemikiran tidak matang. Saya dari awal lagi sudah menasihatkannya supaya jangan membuat tindakan terburu-buru sama ada membabitkan pengumuman mahu melamar mahupun memutuskan hubungan. Tetapi jalan itu yang dipilih, saya ikut saja. “Lagipun saya ini perempuan apatah lagi sudah dewasa. Keputusan di tangan dia. Sebagai orang matang, saya hanya boleh menasihati tetapi jika dia tidak mahu mendengar, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Dia yang memulakan dan dia juga yang mengakhirinya. “Saya juga tidak berdendam dan menganggap ini semua satu pengalaman untuk mengenal hati budi dan sifat manusia. Kalau ada lagi lelaki seperti Johan yang cuba mahu datang dalam hidup, awal-awal saya sudah dapat mengesannya. Pada saya, apa yang berlaku satu pengalaman hidup cukup berharga,” katanya.

Kata Lana, apa yang membuatkan dia boleh menerima perkara ini dengan tenang kerana ramai peminat memberi kata-kata semangat, memujuk dan memintanya supaya sabar. “Saya berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memujuk dan memberikan kata-kata hikmah menerusi Twitter dan Instagram agar saya kuat berhadapan situasi ini. Syukur apabila perkara ini berlaku, baru saya sedar ramai orang yang sayangkan saya,” katanya. Mengenai perubahan dilakukan demi Johan sebelum ini, kata Lana sebenarnya apabila usia sudah mencecah 34, dia memang sudah mahu berubah dalam hidup.

Katanya, apabila Johan datang dan beriya-iya mahu menjalin hubungan serius, dia bersyukur kerana memang itulah niat hatinya dari dulu mahukan seorang lelaki yang mempunyai pengetahuan agama dan boleh membimbingnya ke jalan Allah. “Apabila dia mengumumkan mahu melamar, saya memanjatkan syukur dan berasakan doa saya selama ini didengar Allah. Sekurang-kurangnya dia mampu membimbing saya dan anak-anak andai kami berkahwin.

“Tidak sangka pula apabila perkara ini berlaku, lain pula jadinya. Begitupun, saya memang mahu berubah. Ingin saya tegaskan di sini perubahan dibuat bukan kerana bercinta dengan Johan semata-mata tetapi ini memang sudah niat hati saya. “Bagaimanapun, biarlah perubahan yang berlaku itu dibuat perlahan-lahan. Saya sendiri kalau boleh tidak mahu lagi berpakaian seksi, biarlah ia sedap mata memandang,” katanya.

Lana juga merancang mahu menunaikan umrah apabila segala kerjanya selesai dan Johan juga begitu. Tujuan mereka ke sana pada awalnya mahu berdoa di hadapan Kaabah agar hubungan dijalin lebih diberkati tetapi sayangnya tiada jodoh antara mereka. Tegas Lana, dia melihat apa yang berlaku ada hikmah dan tidak mahu menoleh kembali ke belakang. Apa juga perancangan dibuat sebelum ini (mahu berubah) akan diteruskan demi kebaikan dirinya dan keluarga.

Sumber: www.hmetro.com.my

[ARTIS] Tuan Guru Nik Aziz Meriahkan Majlis Fizo Omar & Mawar



Meriah sungguh majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang telah dilangsungkan semalam di Selingsing, Pasir Puteh. 10 ekor lembu telah ditumbangkan untuk menjamu para tetamu yang hadir. Namun yang pastinya, kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz telah memeriahkan lagi majlis ini.

Secara jujur, Abang Nara suka melihat Fizo Omar kerana dia adalah seperti seorang ikon kepada remaja Malaysia. Bermula dengan lakonan, kini Fizo telah mempunyai empayar perniagaannya sendiri. Bukan mudah, namun sikap Fizo yang tidak pernah putus asa dan gigih berusaha harus dicontohi ramai.

Apa pun semoga dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz, majlis resepsi perkahwinan Fizo dan Mawar lebih diberkati dan dirahmati.

Sumber: beautifulnara.com

[ARTIS] Gosip Khalwat Neelofa Dengan VVIP Tidak Masuk Akal

neelofa
Memang tak masuk akal sungguh. Abang Nara sendiri terkejut apabila Neelofa dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang VVIP malam kelmarin. Memang khabar angin seperti ini boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Neelofa selaku seorang artis popular. Tambah pelik khabar angin ini disebarkan sebelum terbangnya Neelofa ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran.

Menerusi Kosmo hari ini, Neelofa menerangkan yang dia tidak tahu menahu mengenai perkara ini sehingga ia tersebar. Kata Neelofa, sekiranya perkara tersebut benar, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes yang didakwa itu. Kalau benar ia berlaku, dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan surat Jabatan Agama Islam serta saksi-saksi. Saya harap orang yang berkenaan bertanggungjawab ke atas fitnah yang disebarkan.

Kasihan Neelofa. Mana tidaknya, khabar angin ini tersebar ketika dirinya di dalam kapal terbang. Pasti Neelofa stress apabila terbaca mengenai perkara ini apabila “landing” di Amerika. Tak apalah Lofa. Tabahkan hati. Pedulikan apa yang sedang berlaku di Malaysia. Yang penting anda perlu fokus dengan pembelajaran anda.  Jangan biarkan perkara sebegini menganggu konsentrasi anda.

Sumber: beautifulnara.com

27 Dis 2013

[ARTIS] Linda Onn Sah Menjadi Isteri Ungku Azhar


Jutaan tahniah diucapkan kepada deejay popular, Linda Onn yang telah pun selamat bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Untuk makluman, Linda berusia 36 tahun sementara suaminya sekitar 40-an. Majlis pernikahan telah diadakan Setiahills, Bukit Indah, Ampang, kediaman Linda Onn selepas Asar.

Difahamkan pihak media yang hadir tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang visual ketika majlis berlangsung. Kepada anda yang ingin melihat wajah Linda dan suami di hari bahagia mereka, diharap bersabar. Apa pun jutaan tahniah diucapkan kepada Linda atas perkahwinan ini.

Sumber: beautifulnara.com

[ARTIS] Gambar Siti Nurhaliza, Datuk K & Keluarga Bercuti Di Phuket


Seronoknya melihat kemesraan dan keromantikan pasangan suami isteri, Siti Nurhaliza dan Datuk K. Walaupun sudah lama berkahwin, masih nampak seperti pengantin baru. Inilah yang kita mahukan. Sememangnya bercuti bersama keluarga akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Percutian Datuk Siti ke Phuket ini turut ditemani oleh anak-anak tirinya. Seronok Abang Nara melihat aksi mereka bermain jet ski. Nampak macam profesional. Abang Nara bab-bab air ini cuak sikit kerana pernah melalui pengalaman lemas satu ketika dahulu.

Semoga percutian keluarga Datuk Siti dan Datuk K ini meninggalkan memori indah buat mereka semua.

Sumber: beautifulnara.com

[ARTIS] Imej Baru Syamsul Yusof Dipuji


Ramai pengikut setia Syamsul Yusof gembira dengan perubahan positif pelakon dan pengarah terkenal itu. Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman Facebook pengikut Ustaz Azhar Idrus, ramai memuji perubahan Syamsul yang nampak tenang.

Sejuk mata memandang dia yang segak berjubah dan berkopiah. Ibaratnya umpama memandang air sungai yang mengalir tenang. Wah gitu. Khabarnya pengarah muda yang juga putera kesayangan Datuk Yusof Haslam itu menghadiri kuliah agama yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus. Kehadirannya sudah tentu buat mereka yang ada dalam masjid itu teruja. Ramai juga memuji sikapnya yang ramah dan mesra. Bukan itu saja, status Twitternya juga banyak membicarakan perkara positif dan berunsur keagamaan. Bahasa digunakan pun baik-baik belaka, sekali gus buat ramai yang jatuh hati. Dalam pada itu ada juga yang tertanya-tanya adakah perubahan itu kerana dia mahu berkahwin dan itu sebagai persediaannya untuk mengemudi rumah tangga yang bakal dibina nanti. Apapun Sha percaya perubahan itu pasti datang dari hati Syamsul sendiri dan nawaitu dia untuk mendekati agama sesuatu yang molek. Seronok lihat kemesraan Pengarah KL Gangster ini dengan Ustaz Azhar menerusi gambar di internet. Moga penghijrahan ini berterusan dan menjadi contoh yang baik buat generasi muda lain. Mana tahu selepas ini semakin ramai yang mahu ikut jejak langkahnya.

Sumber: www.hmetro.com.my

[HOT] Sandiwara Johan Dicemuh Peminat


Keputusan putus hubungan dengan Lana dicemuh peminat. Tindakan Johan As’ari memutuskan hubungan cinta dengan Lana Nordin yang baru berputik lebih sebulan lalu, mengakibatkan pelakon itu dicemuh peminat. Ramai mempersoalkan kejujuran Johan yang seolah-olah suka mempermainkan perasaan wanita. Malah, peminat tidak terkejut dengan berita putus cinta itu. Ada peminat bertaruh hubungan Johan dan Lana tidak kekal lama sebaik pelakon Juvana itu dilaporkan melamar Lana.

"Saya harap peminat memberi peluang kedua kerana saya masih belajar, apa yang berlaku ini menjadi pengalaman hidup buat saya." Johan As'ari, Pelakon

Reaksi peminat terhadap isu Johan dan Lana ada kaitan dengan reputasi pelakon itu yang sering terpalit kontroversi sejak mula berkecimpung dalam dunia seni. Sebelum ini, Johan dikatakan memainkan perasaan teman pelakon, Izreen Azminda.

Sumber: www.bharian.com.my

[HOT] Pemilik Akaun FB Hasut Guling Kerajaan Direman Polis


KUALA LUMPUR: Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II yang dikesan polis kerana memuat naik status mengajak orang ramai mengguling kerajaan pada sambutan tahun baru direman selama lima hari bermula hari ini.

Lelaki berasal dari Saratok, Sarawak dibawa ke Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 11 pagi tadi sebelum direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Sumber: www.hmetro.com.my

Baca Yang Ni Pulak...

Jangan lupa "Like" kami untuk mendapat berita terbaru...