Program Mimbar Pencetus Ummah (PU) semakin sampai ke kemuncaknya apabila bakal memasuki pusingan separuh akhir pada minggu ke tujuh. Minggu lalu kehangatan semakin terasa apabila semua peserta melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik.
Paling menarik perhatian adalah PU Rahmat, persembahannya semakin meningkat dari minggu ke minggu dan semakin konsisten. Menurut juri persembahan, Abby Fana pada minggu keenam lalu persembahan PU Rahmat sangat bagus dan menarik perhatiannya.
“Saya tidak puas menyaksikan persembahan PU Rahmat dan inginkan lagi dan lagi. Hal ini yang membuatkan PU Rahmat berjaya menarik audiens untuk terus menyaksikannya.
“Bagi saya, PU Rahmat berjaya membawa perubahan dalam dunia dakwah, dia telah berjaya menarik sebilangan besar anak-anak muda untuk mendekati agama.
“Faktor usia dan juga kebijaksanaan yang dimilikinya membuatkan PU Rahmat menjadi salah seorang yang akan berjaya suatu masa nanti. Bakatnya perlu digilap lagi dan dia bakal menjadi pendakwah yang disegani kelak,” Katanya.
Selain itu, PU Rahmat merupakan salah seorang peserta yang sering berada dalam kedudukan tiga terbaik setiap minggu. Hampir empat minggu berturut-turut dia berada di kedudukan tersebut. Namun anak jati Segambut ini tidak mudah berasa selesa dengan kedudukan itu.
“Setiap minggu tugasan yang diberikan kepada saya dilakukan dengan sebaik mungkin, tunjuk ajar daripada murabbi sangat-sangat saya hargai kerana banyak memperbetulkan apa yang sepatutnya diperbetulkan.
“Saya bukanlah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, tapi minat saya ke arah ini telah membawa saya berada di sini hari ini,” katanya.
Walaupun berusia 20 tahun, namun kehebatan ketika berada di pentas bukan sahaja dikagumi juri malahan penonton yang setiap minggu tidak sabar untuk menantikan persembahan daripada PU Rahmat. Mungkin semua mengenali Murabbi dalam Mimbar Pencetus Ummah iaitu datuk haji Fadzilah Kamsah, Ustaz Tarmizi dan juga Ustaz Zulkifli.
Mereka bertiga merupakan tulang belakang kepada kejayaan peserta Pencetus Ummah. Tugas mereka adalah memberikan panduan, guru dan pembakar semangat kepada peserta. Selain itu, tugas murabbi adalah sebagai individu yang bertanggungjawab kepada jatuh bangun seseorang peserta.
Menurut Datuk Haji Fadzilah Kamsah, sebagai seorang murabbi banyak perkara yang perlu dilakukan salah satunya memberikan kefahaman kepada peserta, menyatakan apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kesilapan dan juga mempraktikkan cara penyampaian dakwah supaya isu-isu yang dibawa adalah isu kontemporari.
“Tugas ini bukanlah satu tugas yang mudah sebenarnya, saya perlu memberikan panduan yang baik kepada peserta.
“Bagi saya peserta-peserta kita sememangnya mempunyai kelebihan yang tersendiri, ada dalam kalangan mereka yang mempunyai ilmu agama yang cukup tinggi dan tugas saya adalah memberikan panduan cara dakwah yang boleh menarik orang ramai mendekati agama.
“Sebagaimana yang kita ketahui sebagai seorang guru, apa yang diajarkan begitulah muridnya akan lakukan jadi kefahaman terhadap sesuatu situasi atau masalah perlu dilihat dari berbagai perspektif,” katanya.
Manakala bagi ustaz Zulkifli, beliau menyatakan tugas sebagai Murabbi seperti tongkat dan peserta PU sebagai bayang-bayang, andai kata tongkat itu bengkok tidak mungkin bayang tongkat itu lurus. Sebagai salah seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), PU Sufian terpaksa mengundurkan diri dari persaingan Mimbar Pencetus Ummah minggu keenam apabila minggu sebelumnya berada di kedudukan tiga terbawah.
Peserta yang berada di kedudukan tiga terendah di undi oleh penonton melalui laman Facebook. Bersaing bersama dua lagi peserta yang mempunyai potensi yang besar seperti PU Hafiz dan PU Fakhrul. PU Sufian terpaksa akur dengan undian penonton. Sebagai seorang pensyarah, PU Sufian mengakui dirinya begitu kerdil jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.
“Saya sangat-sangat bertuah kerana berjaya sehingga ke tahap ini, jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.
“Alhamdulillah, perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini dan di luar sana sebenarnya perjuangan yang perlu saya tempuhi untuk menyampaikan berdakwah.
“Saya berterima kasih kerana di pentas ini saya berjaya mengasah bakat dan menimba ilmu dari peserta-peserta lain dan tidak lupa juga murabbi yang banyak mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar,” katanya.
Pada minggu keenam ini tiga peserta berada di kedudukan tiga terendah, antaranya PU Fakhrul, PU Salman dan PU Yeop. Namun bagi minggu keenam lalu, sistem undian telah berubah apabila keenam-enam peserta akan diundi oleh penonton. Nasib PU Fakhrul, PU Hafiz, PU Rahmat, PU Yeop, PU Salman dan PU Shahul bakal diketahui pada minggu ke tujuh yang memasuki peringkat separuh akhir.
Sumber: www.sinarharian.com.my